Thursday, July 5, 2012

Sarjana

4 semester sudah berlalu, kini menunggu gred tesis keluar dan seterusnya menunggu majlis Konvokesyen yang dinantikan..

Soalan: Perlu ke Sarjana atau Master untuk orang yang dah bekerja?? ramai yang bertanya, lepas habis ni naik pangkat ke?
Jawapan : Saya tinggalkan gaji besar di swasta dan masuk kerajaan supaya punyai masa untuk sambung belajar yang lebih tinggi. Master bukan untuk naik pangkat, tapi ianya memberi kepuasan kepada Individu yang membuktikan sepanjang hidupnya, dia telah berjaya capai tahap pendidikan ke peringkat tersebut.

Soalan: Sambung belajar semasa bekerja susah? Sibuk?
Jawapan: Bahagikan masa dengan baik. Saya sendiri lepas waktu bekerja rempit pergi kelas..haha.. waktu lunch hour rempit pergi jumpa lecturer sekejap.. langsung tak ganggu waktu kerja.. walaupun masa di ofis design kerja banyak, alhamdulillah masih boleh mengekalkan pointer yang cemerlang..alhamdulillah.. Cuma pengorbanan hujung minggu, pengorbanan wang untuk bayar yuran tu amat perit sikit..hehe..

Soalan : Tak nak sambung PhD?
Jawapan : kalau dapat biasiswa, berminat jugak..

Ha, itulah jawapan saya jika ditanya kenapa sambung Master. Saya encourage la kepada kawan-kawan yang baca blog ni, carilah ilmu di mana sahaja. Yang ada diploma sambung la ijazah, yang ada ijazah sambung peringkat master dan begitulah seterusnya..janganla semata-mata sambung belajar dengan niat nak lulus dan dapat segulung sijil je, tapi anggapla nak dapat satu kepuasan diri (own satisfaction).

-Mvrdv, malam Nisfu Syaaban

Monday, October 4, 2010

Boleh percaya tilikan nasib ke? hehe :P

Diambil dari sumber internet, ditujukan kepada yang berkenaan :D

Perbuatan berjumpa dengan bomoh atau tukang ti­lik, bertanya dan memohon kepadanya lalu mempercayai apa yang dikatakannya merupakan dosa yang besar kera­na ia suatu bentuk kesyirikan kepada Allah SWT. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
 
 "Sesiapa yang datang kepada bo­moh atau tukang tilik dan membenarkan apa yang diper­katakan olehnya sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w." (Hadis sahib riwayat Ahmad dan Abu Dawud)
 
Antara Kahin dan Arraf
 
Perkataan "Kahin"bermaksud seseorang yang mem­beritahu apa yang akan berlaku di masa hadapan atau dia mengetahui apa yang berlaku di tempat yang lain sa­ma ada dekat ataupun jauh sedangkan perkara tersebut tidak dapat dilihat. Inilah yang disebut oleh masyarakat kita bomoh, dukun atau pawang. Perkataan `Arraf" pula bermaksud seseorang yang mendakwa dia mengetahui di manakah disorok barang barang yang dicuri atau siapak­ah yang mencurinya dan yang seumpamanya. Maka ini disebut sebagai tukang tilik.
 
Hadis ini menyatakan sesiapa yang datang kepa­da bomoh atau tukang tilik lalu membenarkannya maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Nabi s.a.w iaitulah al-Quran dan sunnah. Ini disebabkan kerana dia mendakwa dan mengiktiraf bahawa si bomoh atau tukang tilik ini mengetahui perkara yang ghaib yang tidak ada sesiapa pun boleh mengetahuinya melainkan hanya Allah SWT.
 
 Oleh itu sesiapa yang mendakwa si fulan mengetahui perkara ghaib dia telah melakukan perka­ra yang syirik. Perbuatan ini juga akan menyebabkan sol­at si pelakunya ditolak oleh Allah SWT seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini:
 
Daripada Sofiyyah (isteri Ibnu Umar) daripada se­bahagian isteri isteri Nabi s.a.w. bahawasanya baginda s.a.w. bersabda: Sesiapa yang datang kepada peramal/tu­kang tilik lalu dia bertanya sesuatu kepadanya dan mem­percayainya maka tidak akan diterima solatnya selama 40 malam (Hadis riwayat Muslim)
 
Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh bomoh atau tukang tilik tentang sesuatu yang ghaib atau meramal perkara-perkara yang akan datang adalah dengan ban­tuan jin dan ditambah dengan pembohongan si bomoh tersebut walaupun kadang-kadang yang ditiliknya itu bet­ul.
 
Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Ai­syah r.ha, dia berkata:
"Orang-orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang para dukun atau bomoh, maka baginda menjawab: mereka itu tidak berguna sedikitpun,.
Mereka (para sahabat) berkata: Wahai Rasulullah kadang­kadang mereka berbicara tentang sesuatu dan ternyata benar-benar terjadi.
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: ke­benaran itu ialah suatu yang dicuri oleh satu jin, lalu ia lontarkan pada telinga kekasihnya (di kalangan manusia) dan mereka mencampuradukkan dengan seratus pembo­hongan." (al-Bukhari clan Muslim)
 
Al-Bukhari juga meriwayatkan daripada Aisyah r.ha. beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesung­guhnya para malaikat turun ke al Anan iaitu awan, lalu mereka saling bercakap-cakap tentang masalah yang diputuskan di langit dan syaitan-syaitan mencuri-curi dengar apa yang diperkatakan, maka syaitan berjaya mendengarnya lalu syaitan menyampaikan kepada pa­ra bomoh atau dukun dan mereka pun menokok tambah dengan seratus pembohongan dari mereka sendiri"
 
Fikirkan dahulu sesuatu tindakan yang akan dilaku­kan, adakah ia mempunyai kesan terhadap Akidah seb­agai seorang Islam, juga supaya tindakan tersebut tidak akan menyebabkan penyesalan di kemudian hari. Adalah amat menyedihkan hanya dengan pembohongan si bo­moh menyebabkan terjejasnya keharmonian ikatan per­saudaraan Islam. Bertambah sedih sekiranya permusu­han dan kebencian itu melibatkan ikatan kekeluargaan. Kita mohon kepada Allah SWT agar mengampuni kita dan melindungi diri kita dari tipu daya syaitan yang direjam.

Kesimpulannya:
- mempercayai tilikan nasib ni syirik, ibadat tak diterima 40 hari. Dan kena mengucap dua kalimah syahadat semula tu.
- Bomoh tak boleh percaya sedikitpun, sebab dia guna perantaraan jin. Dan jugak menokok tambah untuk menyedapkan cerita..hahaha. Kalau bomoh bagi tangkal jangan ambil, jika ambil/beli/terima tangkal tersebut, boleh jadi si pemakai tangkal tersebut menerima dan menjadi pemilik baru untuk "penunggu". Sekali dah 'bela' "penunggu" ni... memang sampai cucu cicit lah merana..

Sekian :D

Friday, August 27, 2010

Jangan Hina Malaysia

Sejak akhir-akhir ini dalam berita banyak isu bendera Malaysia di bakar, najis dicampakkan di kedutaan besar dan macam-macam lagi. Semua ni bukan daripada Yahudi ataupun sekutu kuat, tapi daripada jiran Malaysia sendiri iaitu Indonesia. Isu yang menjadi kemarahan pun terlalu lah kecil. Tapi penghinaan daripada sekelompok rakyat disana seolah-olah negara kita mengamalkan diskriminasi terhadap rakyatnya.
Salah satu gambar terbaru diatas menunjukkan bendera Malaysia dibakar.
Jika difikirkan, kerugian daripada sentimen anti-Malaysia ni sangat merugikan negara Indonesia sendiri. Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia banyak menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan dan pendidikan dimana saban tahun bilangan rakyat Malaysia yang melawat Indonesia bertambah dan juga sebilangan pelajar Malaysia sanggup menuntut bidang perubatan di Indonesia demi mencapai matlamat menjadi seorang doktor walaupun sesetengah universiti di Indonesia tidak mempunyai kelengkapan sebaik di Malaysia. Melalui yuran pengajian ijazah kedoktoran, dan sektor pelancongan terutamanya di tempat-tempat tumpuan seperti di Bandung, Bali, Jakarta serta pengaliran wang hasil upah buruh-buruh di Indonesia, banyak menyumbang kepada peningkatan ekonomi rakyat Indonesia. Negara Malaysia tak rugi apa-apa pun sebenarnya.
Pada pandangan penulis, provokasi ini sengaja dicipta oleh pihak tertentu dan media di sana untuk melariskan jualan akhbar. Umum mengetahui Indonesia mempunyai pasaran yang besar, so jika sentimen ini berjaya, makan larislah segala macam akhbar dan pihak yang memulakan provokasi ni tersenyum lebar. :)


Friday, August 20, 2010

Mercun oh Mercun

Lama betul tak main bedil mercun.. zaman kanak-kanak dulu sangat meriah kerana dapat main mercun..tapi mercun biasa-biasa jela seperti bunga api biasa dan bunga api warna-warni.. Ada jugak mercun tarik yang selalu dibuat perangkap untuk sesiapa yang buka pintu dengan deras laju..
  Gambar di atas ni adalah mercun bola. Mercun ni sangat kuat bunyinya, ala-ala bunyi bedil senapang. Sebab tu banyak digunakan oleh orang yang masuk hutan untuk menakutkan binatang buas. Tapi mercun ni sangat bahaya jika meletup dalam jarak yang dekat dengan pemain mercun.

Akibatnya...


Inilah yang akan terjadi jika tak kena cara bermain mercun... Bayangkan tangan yang elok sejak kecil jadi macamni... sebab itulah kerajaan haramkan mercun.. Seingat penulis, mercun mula diharamkan pada 1991... tapi waktu tu kanak-kanak masih lagi boleh membelinya di pasar ramadhan..hehe.. skrg susah dah..

Cadangan penulis kepada kawan-kawan yang rindukan bunyi mercun, beli subwoofer paling power, pasang maksimum volume dan kemudian ambil bedil mercun bawang... mercun yang paling tak bahaya,,kemudian jatuhkan kat mikrofon tu..tentu bunyinya BOOOM..haha... satu kampung dengar dengan bunyi bass skali..hehe..

Jadi, pesanan khidmat masyarakat penulis kepada yang ingin bermain mercun.. utamakan keselamatan anda.. dan mereka yang bermain mercun boleh ditangkap polis juga.. jangan main-main.. Baik pergi makan moreh bertarawikh di masjid, yelah orang beriman bila ramadhan makin tinggal penghujungan, mereka akan menjerit menangis kerana sayang nak tinggalkan Ramadhan.

Wednesday, August 18, 2010

20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Ni antara intisari JANGAN yang kedengaran selepas sesi doa sekejap tadi. Bila difikirkan, siapakah yang memberi panduan ni.. Perawi hadis pun tak ada pulak disebut, so confirm dhaif ni. Cuma anggap ni sebagai peringatan bersama, yang mana yang baik amalkan, kalau yang buruk tu tinggalkan..

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri.

Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.Hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

Friday, August 13, 2010

Seni Mempertahankan Diri

Seni bela diri perlu ke? Jawapan ni bergantung pada individu. Tapi bagi penulis ianya perlu terutama untuk mengetahui titik kelemahan musuh.
Seni bela diri tertua di Malaysia ialah Silat Gayong, yang mana mahagurunya Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman yang pernah menewaskan Bruce Lee dengan hanya satu jurus sahaja (pukulan maut) dinamakan "Kipas Nandung" sahaja. http://www.martial-arts-info.com/comment/110/14130
ADMAR merupakan pengasas silat gayong di Malaysia yang mana telah ilmunya telah diperkembangkan ke selurun tanahair Malaysia. Untuk makluman pembaca, tentera udara, darat dan laut serta polis diraja malaysia telah menggunakan silibus silat gayong untuk seni mempertahankan diri. Kini, silibus tu telah menjadi silibus tetap angkatan tentera dan pdrm yang digunapakai sehingga sekarang. Silat Gayong merupakan silat tempur dan bukannya silat yang lebih kepada bunga-bunga silat (persembahan).
Alangkah baiknya jika pegawai kerajaan lain memiliki seni mempertahankan diri juga. Sekurang-kurangnya pihak tertentu berfikir beberapa kali sebelum betindak menyerang pegawai kerajaan..hehe

 Aksi ni dinamakan lompatan harimau.. tujuannya pelbagai. Antara kegunaan kaedah ini dalam kehidupan harian ialah pesilat mampu terjun dari tingkat yang tinggi dan menyerap hentakan pada kaki dengan cara berguling-guling. Beberapa orang saudara gayong yang penulis kenal juga pernah menceritakan bahawa beliau terselamat dari nahas kemalangan motosikal apabila dilanggar oleh kenderaan lain. Caranya, melompat dari motosikal dan berguling ke arah bahu jalan yang lapang.



Ini adalah satu tendangan maut yang penulis sangat suka. Tumpuannya tengkuk musuh. Jika tepat kena pada urat yang tertentu, musuh boleh mati serta merta kerana darah tidak mengalir ke otak. Kaedahnya pesilat perlu melatih diri untuk menguatkan kaki dan sentiasa melatih teknik flying kick di tepi pantai disebabkan pasir pantai amat lembut dan sesuai untuk menyerap beban pesilat yang mendarat diatasnya.




Gambar diatas merupakan titik maut untuk melumpuhkan musuh.. Pembaca yang tidak mempunyai seni mempertahankan diri sekurang-kurangnya tahu titik kelemahan ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Sekian.

Wednesday, April 14, 2010

Isu Buang Bayi, Apa Penyelesaiannya?

Ni takde kaitan ngan engineering nih..hehe..

     Huh.. panas tul tgk org buang bayi ni.. tak mahu tanggung malu alasannya..sape suruh tuuuuuttt..
Tapi, jika difikirkan dengan teliti, bukan salah si ibu yang mengandung tu, si bapa kepada budak tu pun harus bertanggungjawab.
Seperti peribahasa dari kawan-kawan "Bukan salah ibu mengandung, salah bapa tak pakai kon*om".
      So, salah satu cadangan khidmat masyarakat saya untuk membendung gejala tidak sihat ini, penggubalan hukuman kepada si bapa perlu di kenakan juga.. DNA bayi perlu dikenalpasti dan pihak forensik boleh mencari siapakah bapa kepada anak itu. Daripada bukti-bukti tersebut, hukuman berganda patut dikenakan kepada lelaki dayus itu. Harapnya, penderma-penderma sperma tersebut berfikir sejuta kali sebelum menderma kepada perempuan yang tiada ikatan perkahwinan dengannya.
     Tapi the best solution is MENCEGAH... bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.. hehe..