Friday, August 27, 2010

Jangan Hina Malaysia

Sejak akhir-akhir ini dalam berita banyak isu bendera Malaysia di bakar, najis dicampakkan di kedutaan besar dan macam-macam lagi. Semua ni bukan daripada Yahudi ataupun sekutu kuat, tapi daripada jiran Malaysia sendiri iaitu Indonesia. Isu yang menjadi kemarahan pun terlalu lah kecil. Tapi penghinaan daripada sekelompok rakyat disana seolah-olah negara kita mengamalkan diskriminasi terhadap rakyatnya.
Salah satu gambar terbaru diatas menunjukkan bendera Malaysia dibakar.
Jika difikirkan, kerugian daripada sentimen anti-Malaysia ni sangat merugikan negara Indonesia sendiri. Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia banyak menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan dan pendidikan dimana saban tahun bilangan rakyat Malaysia yang melawat Indonesia bertambah dan juga sebilangan pelajar Malaysia sanggup menuntut bidang perubatan di Indonesia demi mencapai matlamat menjadi seorang doktor walaupun sesetengah universiti di Indonesia tidak mempunyai kelengkapan sebaik di Malaysia. Melalui yuran pengajian ijazah kedoktoran, dan sektor pelancongan terutamanya di tempat-tempat tumpuan seperti di Bandung, Bali, Jakarta serta pengaliran wang hasil upah buruh-buruh di Indonesia, banyak menyumbang kepada peningkatan ekonomi rakyat Indonesia. Negara Malaysia tak rugi apa-apa pun sebenarnya.
Pada pandangan penulis, provokasi ini sengaja dicipta oleh pihak tertentu dan media di sana untuk melariskan jualan akhbar. Umum mengetahui Indonesia mempunyai pasaran yang besar, so jika sentimen ini berjaya, makan larislah segala macam akhbar dan pihak yang memulakan provokasi ni tersenyum lebar. :)


1 comment:

  1. Geram betul bila tengok mereka bertindak sedemekian..Ini bukanlah pertama kali mereka berbuat demikian, sebelum ini isu batik mereka nak patenkan hak batik tersebut hanya untuk mereka..Sekarang pula isu penahanan rakyat mereka yang mencerobohi sempadan laut malaysia..Belum lagi dengan isu pembantu rumah yang mana mereka tengah memperjuangkan gaji minimun untuk rakyat mereka yang berkerja menjadi pembantu rumah disini. Semoga pemimpin negara ini terus dengan pendirian untuk tidak melayan dengan permintaan yang terlalu daripada mereka :)

    ReplyDelete