Lama betul tak main
bedil mercun.. zaman kanak-kanak dulu sangat meriah kerana dapat main mercun..tapi mercun biasa-biasa jela seperti bunga api biasa dan bunga api warna-warni.. Ada jugak
mercun tarik yang selalu dibuat perangkap untuk sesiapa yang buka pintu dengan
deras laju..
Gambar di atas ni adalah
mercun bola. Mercun ni sangat kuat bunyinya, ala-ala bunyi
bedil senapang. Sebab tu banyak digunakan oleh orang yang masuk hutan untuk menakutkan binatang buas. Tapi mercun ni sangat bahaya jika meletup dalam jarak yang dekat dengan pemain mercun.
Akibatnya...
Inilah yang akan terjadi jika tak kena cara bermain mercun... Bayangkan tangan yang elok sejak kecil jadi macamni... sebab itulah kerajaan haramkan mercun.. Seingat penulis, mercun mula diharamkan pada 1991... tapi waktu tu kanak-kanak masih lagi boleh membelinya di pasar ramadhan..hehe.. skrg susah dah..
Cadangan penulis kepada kawan-kawan yang rindukan bunyi mercun, beli subwoofer paling power, pasang maksimum volume dan kemudian ambil
bedil mercun bawang... mercun yang paling tak bahaya,,kemudian jatuhkan kat mikrofon tu..tentu bunyinya BOOOM..haha... satu kampung dengar dengan bunyi
bass skali..hehe..
Jadi, pesanan khidmat masyarakat penulis kepada yang ingin bermain mercun.. utamakan keselamatan anda.. dan mereka yang bermain mercun boleh ditangkap polis juga.. jangan main-main.. Baik pergi
makan moreh bertarawikh di masjid, yelah orang beriman bila ramadhan makin tinggal penghujungan, mereka akan
menjerit menangis kerana sayang nak tinggalkan Ramadhan.
No comments:
Post a Comment