Perbuatan berjumpa dengan bomoh atau tukang tilik, bertanya dan memohon kepadanya lalu mempercayai apa yang dikatakannya merupakan dosa yang besar kerana ia suatu bentuk kesyirikan kepada Allah SWT. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang datang kepada bomoh atau tukang tilik dan membenarkan apa yang diperkatakan olehnya sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w." (Hadis sahib riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Antara Kahin dan Arraf Perkataan "Kahin"bermaksud seseorang yang memberitahu apa yang akan berlaku di masa hadapan atau dia mengetahui apa yang berlaku di tempat yang lain sama ada dekat ataupun jauh sedangkan perkara tersebut tidak dapat dilihat. Inilah yang disebut oleh masyarakat kita bomoh, dukun atau pawang. Perkataan `Arraf" pula bermaksud seseorang yang mendakwa dia mengetahui di manakah disorok barang barang yang dicuri atau siapakah yang mencurinya dan yang seumpamanya. Maka ini disebut sebagai tukang tilik. Hadis ini menyatakan sesiapa yang datang kepada bomoh atau tukang tilik lalu membenarkannya maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Nabi s.a.w iaitulah al-Quran dan sunnah. Ini disebabkan kerana dia mendakwa dan mengiktiraf bahawa si bomoh atau tukang tilik ini mengetahui perkara yang ghaib yang tidak ada sesiapa pun boleh mengetahuinya melainkan hanya Allah SWT. Oleh itu sesiapa yang mendakwa si fulan mengetahui perkara ghaib dia telah melakukan perkara yang syirik. Perbuatan ini juga akan menyebabkan solat si pelakunya ditolak oleh Allah SWT seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini: Daripada Sofiyyah (isteri Ibnu Umar) daripada sebahagian isteri isteri Nabi s.a.w. bahawasanya baginda s.a.w. bersabda: Sesiapa yang datang kepada peramal/tukang tilik lalu dia bertanya sesuatu kepadanya dan mempercayainya maka tidak akan diterima solatnya selama 40 malam (Hadis riwayat Muslim) Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh bomoh atau tukang tilik tentang sesuatu yang ghaib atau meramal perkara-perkara yang akan datang adalah dengan bantuan jin dan ditambah dengan pembohongan si bomoh tersebut walaupun kadang-kadang yang ditiliknya itu betul. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Aisyah r.ha, dia berkata: "Orang-orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang para dukun atau bomoh, maka baginda menjawab: mereka itu tidak berguna sedikitpun,. Mereka (para sahabat) berkata: Wahai Rasulullah kadangkadang mereka berbicara tentang sesuatu dan ternyata benar-benar terjadi. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: kebenaran itu ialah suatu yang dicuri oleh satu jin, lalu ia lontarkan pada telinga kekasihnya (di kalangan manusia) dan mereka mencampuradukkan dengan seratus pembohongan." (al-Bukhari clan Muslim) Al-Bukhari juga meriwayatkan daripada Aisyah r.ha. beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya para malaikat turun ke al Anan iaitu awan, lalu mereka saling bercakap-cakap tentang masalah yang diputuskan di langit dan syaitan-syaitan mencuri-curi dengar apa yang diperkatakan, maka syaitan berjaya mendengarnya lalu syaitan menyampaikan kepada para bomoh atau dukun dan mereka pun menokok tambah dengan seratus pembohongan dari mereka sendiri" Fikirkan dahulu sesuatu tindakan yang akan dilakukan, adakah ia mempunyai kesan terhadap Akidah sebagai seorang Islam, juga supaya tindakan tersebut tidak akan menyebabkan penyesalan di kemudian hari. Adalah amat menyedihkan hanya dengan pembohongan si bomoh menyebabkan terjejasnya keharmonian ikatan persaudaraan Islam. Bertambah sedih sekiranya permusuhan dan kebencian itu melibatkan ikatan kekeluargaan. Kita mohon kepada Allah SWT agar mengampuni kita dan melindungi diri kita dari tipu daya syaitan yang direjam.
Kesimpulannya:
- mempercayai tilikan nasib ni syirik, ibadat tak diterima 40 hari. Dan kena mengucap dua kalimah syahadat semula tu.
- Bomoh tak boleh percaya sedikitpun, sebab dia guna perantaraan jin. Dan jugak menokok tambah untuk menyedapkan cerita..hahaha. Kalau bomoh bagi tangkal jangan ambil, jika ambil/beli/terima tangkal tersebut, boleh jadi si pemakai tangkal tersebut menerima dan menjadi pemilik baru untuk "penunggu". Sekali dah 'bela' "penunggu" ni... memang sampai cucu cicit lah merana..
Sekian :D